Blogger Backgrounds

Total Pageviews

Maklumat Terkini

Assalamualaikum..

Minggu ni adalah minggu ke 6 homestay kami beroperasi.  Ribuan terimakasih pada para pengunjung yang telah sudi bermalam di rumah peginapan kami.  Harap berpuas hati dan sudi datang lagi. Di sini terdapat beberapa maklumat  berkenaan homestay kami.

Homestay kami  merupakan rumah kediaman semi D dan mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut;
BILIK UTAMA
Katil saiz queen, kipas angin, air-cond,almari baju, cermin besar dan bilik air.
BILIK KEDUA
Katil bujang 2 unit, kipas angin, air cond, almari baju dan cermin besar.
BILIK KETIGA
Katil saiz queen, kipas angin, almari baju dan cermin besar.

Kami juga turut menyediakan 2 helai tuala mandi bagi setiap bilik dan sabun mandi di setiap bilik air.

Ruang tamu yang lengkap dengan lampu yang menarik, sofa, almari hiasan, meja kopi dan kipas angin.
Ruang menonton lengkap dengan tikar rotan, almari tv, kipas angin dan tv
Ruang dapur lengkap dengan peti ais, meja makan, dapur, peralatan memasak dan pinggan mangkuk.

Apa yang menarik di homestay kami?
Selain menjanjikan rumah yang selesa untuk didiami, tempahan sarapan pagi bagi pengunjung yang ingin merasakan keenakan masakan air tangan kami juga turut disediakan. Bagi pengunjung yang berminat, kami juga ada perkhidmatan sauna dengan harga yang sungguh berpatutan.

Laman luar rumah turut disediakan bangku dan meja taman, hiasan bunga pasuan,rumput dan tanaman hiasan.Di laman belakang pula, kami ada "edible garden" dengan pelbagai jenis tumbuhan herba dan sayuran.

Jemputlah datang ke homestay kami.  Kami bersedia menjemput anda untuk menunjukkan jalan ke homestay jika perlu pada bila-bila masa.  Nikmatilah percutian yang selesa di Melaka bermula di homestay kami.

Pakej terkini yang ditawarkan:
Solo Traveller : RM 70/1 orang
Family             : RM 150 pada hari biasa dan RM 200 pada hujung minggu.

No comments:

Post a Comment